Monday, October 14, 2013

New Head Bureau of PRI

Assalamualaikum w.b.t,

First of all I would like to show my gratitude to Allah SWT for His abundant mercy and sustenance that would allow me to still live this life with health and happiness. Not to forget my family who always there to support and pray for my success and well-being. Since this is my first post after I replaced Ahmad Jazmi as the Head Bureau of Public Relation and Information this semester, I would like to offer my sincerest apology for my delay to inform all of you officially in this blog. I admit that I’m not acquainted myself with the blog writing and stuff but I do hope that I can improve myself in this since it can be my stepping stone in improving my writing skills and more. Thus, I want to express my biggest thank to our batch leader, Firdaus Shahrum for giving me this opportunity (although I’ve been appointed as the secretary before but with limited function) and also the former head bureau, Ahmad Jazmi to assist and guide me with the information on how to handle the tasks as Head Bureau of PRI. I promise I would do my own best as the head bureau to support with the information broadcast for our batch members including Facebook and this blog with the teamwork from the other members in this bureau. 

Therefore, I’m planning to request two posts every week from the other bureaus in our batch to contribute with this blog development. The schedule for each bureau will be determined by our bureau by latest before this mid semester break ends. I hope the members from other bureaus can commit themselves with the blog post related with their respective bureaus so that all of our batch members can reap the benefit of the information together. This bureau also will try to update every academic files including presentation slides, articles, images or anything that are related for this semester subjects given by the lecturers or downloaded from the web into this blog.

Last but not least, it is my positive expectation to see the contributions from all members in our batch in the development of this blog that serves as our sharing platform of every useful information that benefits our own batch. That’s all from me now and more things to come later Insya-Allah.Thank you.

It's me!

Mohamad Hafizzudin bin Mohd Fedeli (1129081)
Head Bureau of Public Relation and Information
Biotech Batch Awesome 112
Semester 1, 2013/2014


Saturday, August 17, 2013

Epal : Utusan Terakhir Jazmi


Sebatang pohon epal hidup subur di tepi sebatang sungai. Daunnya hijau, tumbuh lebat sekali menandakan kesuburan pohon tersebut. Dahannya juga utuh, dibantu dengan akar yang mencengkam kukuh tanah.

Tiba musim berbuah, pohon ini mengeluarkan begitu banyak buah yang ranum. Sesiapa yang memandang pasti terpikat. Beberapa biji buah yang telah masak jatuh ke tanah. Beberapa biji buah pula telah jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus ke hilir.

Buah-buah yang berguguran di tanah telah dikutip sang peladang dan dibawa pulang ke rumah. Anak peladang yang masih kecil begitu teruja melihat buah-buah yang banyak itu lantas bertanya pada bapanya, “buah apakah ini?” Peladang tersebut menjawab, “inilah buah epal.”

Sementara itu, seorang buruh telah membawa anaknya memancing di hilir sungai. Ketika sedang menunggu umpan untuk mengena, sebiji buah epal dari pohon yang subur sebelum ini sedang terapung mengikut arus sungai. Lantas anak pemancing tersebut mengambilnya dan bertanya pada bapanya, “buah apakah ini?” Ayahnya tersenyum lantas menjawab, “inilah buah epal wahai anakku.”

Ayah, buah apa ni?

◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Tahukah anda, buah-buah epal itu sebenarnya metafora saya mewakili setiap daripada ahli batch Awesome ni. Kita telah ‘tumbuh’ pada ‘pohon’ yang sama; yakni kita telah mendaftar ke IIUM Kuantan bersama-sama sebagai intake Februari 2012. Tetapi tidak semua ‘buah’ akan gugur di tanah dan dikutip oleh peladang. Akan ada yang ditakdirkan jalan yang lain iaitu jatuh ke dalam sungai dan berakhir di tangan seorang buruh. Namun di mana-mana sahaja buah-buah epal ini berakhir, ia tetap dipanggil EPAL.

Ada buah epal yang dikutip peladang...

Sejak Februari 2012, beberapa ‘buah epal’ telah menerima jalan yang lain. Dan kini giliran saya pula. Namun sehingga saya habis belajar di sini, saya tetap akan memegang nombor matrik 112 dan tetap diketahui sebagai pelajar intake Feb 2012; sama seperti anda. Malah andai selepas dah graduate nanti ada yang minta no matrik saya, saya tidak dapat memberikan nombor matrik lain selain yang ada nombor 112 di hadapan.

Jadi walaupun saya dah bertukar course ke Applied Chemistry, tidak bermaksud hubungan kita akan terputus terus. Kalau perlukan bantuan saya, boleh saja datang kepada saya. Insya-Allah akan ditolong sedaya saya. Kalau ada buat event atau aktiviti apa-apa, jangan lupa jemput saya. Insya-Allah saya cuba memeriahkan lagi.

Apabila bermulanya semester baru (Sem 1, 2013/2014), maka saya secara rasminya melepaskan jawatan saya sebagai ketua biro Perhubungan Awam & Informasi bagi batch Biotech Awesome 112. Semoga pengganti saya dipilih dengan baik. Seandainya perlukan panduan, saya sedia untuk membantu.

Video dedikasi khas

Akhir kata, teruskan perjuangan anda semua hingga ke akhirnya. Semoga menggapai kejayaan dan sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih atas segalanya. Maaf dipohon atas segala kesalahan dilakukan.

Sekian, wassalam.


Ahmad Jazmi bin Abdul Rahman
(matric no: 1129515)
Head of Bureau of Public Relation & Information
Batch 112 IIUM BSBT
Session 2012/2013

Wednesday, June 19, 2013

Write@Awesome



Do you want to write about your holiday, or some advice or tazkirah to your batchmates?
Do you have photos or videos like to share with your awesome batch members?

How about you author them in the Awesome blog?

Just PM (FB) to the admin:
https://www.facebook.com/messages/jimie1402
https://www.facebook.com/messages/reringgit

or email to us:
jazmi.rahman@live.iium.edu.my
hidayah.halid@gmail.com

Let's rousing our blog!
Brought to you by Public Relation & Information of BSBT Batch:Awesome.


Wednesday, May 15, 2013

Notice on the Issuance Exam Slip Semester 2, 2012/2013

ANNOUNCEMENT

> NOTICE ON THE ISSUANCE OF EXAMINATION SLIP <

All Undergraduate Students May View And Print The
Examination Slip For Semester 2, 2012/2013 Final Examination
Beginning 10th May 2013, 12.00 a.m.

please click here for the details :
http://www2.iium.edu.my/anr/news/notice-issuance-examination-slip-0
 

Tuesday, April 30, 2013

Jenis Cabutan Bertuah Yang Halal



Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Hukum : Ia adalah halal.


b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.


c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.


by
Special Task Bureau
Biotech Batch Awesome (112)

Thursday, April 18, 2013

Kepentingan Mengundi


Baru2 ni (20 Mac 2013), parlimen lama telah dibubarkan, dan kini, kita sedang menunggu masa untuk mengundi. Siapakah mereka yang layak mengundi? Mereka adalah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Ramai yang sedar akan hal ini, tapi berapa banyak antara kita yang telah mencapai umur yang layak untuk mengundi, tapi masih belum mendaftar? Berapa ramai dari kalangan kita yang tidak ambil kisah tentang pemilihan pucuk pimpinan Negara? Berapa ramai dari kita yang sedar kepentingan mengundi? Di sini akan dinyatakan 3 kepentingan bagi kita terutamanya golongan pelajar untuk mengundi.



1. Tuntutan rukun Negara
Pasti setiap daripada kita hafal kelima2 rukunegara. Tapi berapa ramai yang betul2 mengerti makna di sebaliknya?
Rukunegara kedua: kesetiaan kepada raja dan Negara
Negara kita adalah Negara yang menggunakan system raja berpelembagaan di mana doktrin pengasingan kuasa terbahagi kepada 3 iaitu:
i.                 Kuasa Perundangan/legislative
ii.               Kuasa eksekutif
iii.             Kuasa kehakiman
terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Kita sedia maklum kaum bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan yang tertentu. Untuk makluman, ada sumber yang mengatakan bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. Di mana 55% warganegara lain yang mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin mereka seperti yang tertera dalam rukunegara?
 2.     Kuasa golongan muda
Statistik menunjukkan bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa. yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada 1946-1964, sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981. Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik kita sekarang seramai 6 juta ++.


Statistik menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab untuk masa depan negara buat masa sekarang. Generasi muda perlu sedar tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang kalian pangkah.. asalkan kalian laksanakan tanggungjawab korang..

Belia di Malaysia adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun.. dan kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi.. Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman.. sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. mereka hanya ada sekitar 5 juta. dan untuk pengetahuan kalian kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi di sini dinasihatkan, janganlah kita hanay tahu mengadu sekiranya kerajaan tak betul kerana yang memilih adalah kita sendiri.

3. Menetukan masa depan Negara dan diri sendiri

 
Pihak yang kita undi adalah mereka yang bakal memerintah Negara kita. Masa depan Negara bergantung kepada pilihan yang ada pada kita. Sekiranya kita pilih pemimpin yang betul, maka Negara kita akan mudah membangun, sekaligus memberi kesan baik kepada kita semua. Begitu jugalah sebaliknya sekiranya kita pilih pemimpin yang salah. Oleh itu, dengan mengundi, kita bukan hanya menentukan masa depan Negara, tapi juga masa depan diri kita sendiri. Ketepikanlah segala perbezaan pandangan politik, dan fikiran2 negatif mengenai mengundi. Marilah kita semua sebagai anak muda, terutamanya golongan bumiputra, mengubah Negara dengan tangan kita sendiri dengan cara mengundi pemimpin yang betul. Turunlah mengundi bagi sesiapa yang layak. Kita mempunyai tanggungjawab kepada Negara, jangan anggap satu undian tidak mampu mengubah apa2. Apa akan jadi sekiranya sejuta orang berfikir sedemikian? Betulkan pemikiran kita, supaya kita tidak tergolong dalam kalangan masyarakat yang berfikiran kolot dan mundur.

by
Welfare Bureau
Biotech Batch Awesome (112)