Sebatang pohon epal hidup subur di tepi sebatang sungai. Daunnya hijau,
tumbuh lebat sekali menandakan kesuburan pohon tersebut. Dahannya juga utuh,
dibantu dengan akar yang mencengkam kukuh tanah.
Tiba musim berbuah, pohon ini mengeluarkan begitu banyak buah yang ranum.
Sesiapa yang memandang pasti terpikat. Beberapa biji buah yang telah masak jatuh
ke tanah. Beberapa biji buah pula telah jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan
arus ke hilir.
Buah-buah yang berguguran di tanah telah dikutip sang peladang dan dibawa
pulang ke rumah. Anak peladang yang masih kecil begitu teruja melihat buah-buah
yang banyak itu lantas bertanya pada bapanya, “buah apakah ini?” Peladang
tersebut menjawab, “inilah buah epal.”
Sementara itu, seorang buruh telah membawa anaknya memancing di hilir
sungai. Ketika sedang menunggu umpan untuk mengena, sebiji buah epal dari pohon
yang subur sebelum ini sedang terapung mengikut arus sungai. Lantas anak
pemancing tersebut mengambilnya dan bertanya pada bapanya, “buah apakah ini?” Ayahnya
tersenyum lantas menjawab, “inilah buah epal wahai anakku.”
Ayah, buah apa ni? |
◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆
Tahukah anda, buah-buah epal itu sebenarnya metafora saya mewakili setiap
daripada ahli batch Awesome ni. Kita telah ‘tumbuh’ pada ‘pohon’ yang sama;
yakni kita telah mendaftar ke IIUM Kuantan bersama-sama sebagai intake Februari
2012. Tetapi tidak semua ‘buah’ akan gugur di tanah dan dikutip oleh peladang.
Akan ada yang ditakdirkan jalan yang lain iaitu jatuh ke dalam sungai dan berakhir
di tangan seorang buruh. Namun di mana-mana sahaja buah-buah epal ini berakhir,
ia tetap dipanggil EPAL.
Ada buah epal yang dikutip peladang... |
Sejak Februari 2012, beberapa ‘buah epal’ telah menerima jalan yang lain.
Dan kini giliran saya pula. Namun sehingga saya habis belajar di sini, saya
tetap akan memegang nombor matrik 112 dan tetap diketahui sebagai pelajar
intake Feb 2012; sama seperti anda. Malah andai selepas dah graduate nanti ada
yang minta no matrik saya, saya tidak dapat memberikan nombor matrik lain
selain yang ada nombor 112 di hadapan.
Jadi walaupun saya dah bertukar course ke Applied Chemistry, tidak
bermaksud hubungan kita akan terputus terus. Kalau perlukan bantuan saya, boleh
saja datang kepada saya. Insya-Allah akan ditolong sedaya saya. Kalau ada buat
event atau aktiviti apa-apa, jangan lupa jemput saya. Insya-Allah saya cuba
memeriahkan lagi.
Apabila bermulanya semester baru (Sem 1, 2013/2014), maka saya secara
rasminya melepaskan jawatan saya sebagai ketua biro Perhubungan Awam &
Informasi bagi batch Biotech Awesome 112. Semoga pengganti saya dipilih dengan
baik. Seandainya perlukan panduan, saya sedia untuk membantu.
Video dedikasi khas
Akhir kata, teruskan perjuangan anda semua hingga ke akhirnya. Semoga menggapai kejayaan dan sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih atas segalanya. Maaf dipohon atas segala kesalahan dilakukan.
Sekian, wassalam.
Ahmad Jazmi bin Abdul Rahman
(matric no: 1129515)
(matric no: 1129515)
Head of Bureau of Public Relation & Information
Batch 112 IIUM BSBT
Session 2012/2013
Batch 112 IIUM BSBT
Session 2012/2013