Thursday, April 18, 2013

Kepentingan Mengundi


Baru2 ni (20 Mac 2013), parlimen lama telah dibubarkan, dan kini, kita sedang menunggu masa untuk mengundi. Siapakah mereka yang layak mengundi? Mereka adalah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Ramai yang sedar akan hal ini, tapi berapa banyak antara kita yang telah mencapai umur yang layak untuk mengundi, tapi masih belum mendaftar? Berapa ramai dari kalangan kita yang tidak ambil kisah tentang pemilihan pucuk pimpinan Negara? Berapa ramai dari kita yang sedar kepentingan mengundi? Di sini akan dinyatakan 3 kepentingan bagi kita terutamanya golongan pelajar untuk mengundi.



1. Tuntutan rukun Negara
Pasti setiap daripada kita hafal kelima2 rukunegara. Tapi berapa ramai yang betul2 mengerti makna di sebaliknya?
Rukunegara kedua: kesetiaan kepada raja dan Negara
Negara kita adalah Negara yang menggunakan system raja berpelembagaan di mana doktrin pengasingan kuasa terbahagi kepada 3 iaitu:
i.                 Kuasa Perundangan/legislative
ii.               Kuasa eksekutif
iii.             Kuasa kehakiman
terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Kita sedia maklum kaum bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan yang tertentu. Untuk makluman, ada sumber yang mengatakan bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. Di mana 55% warganegara lain yang mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin mereka seperti yang tertera dalam rukunegara?
 2.     Kuasa golongan muda
Statistik menunjukkan bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa. yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada 1946-1964, sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981. Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik kita sekarang seramai 6 juta ++.


Statistik menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab untuk masa depan negara buat masa sekarang. Generasi muda perlu sedar tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang kalian pangkah.. asalkan kalian laksanakan tanggungjawab korang..

Belia di Malaysia adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun.. dan kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi.. Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman.. sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. mereka hanya ada sekitar 5 juta. dan untuk pengetahuan kalian kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi di sini dinasihatkan, janganlah kita hanay tahu mengadu sekiranya kerajaan tak betul kerana yang memilih adalah kita sendiri.

3. Menetukan masa depan Negara dan diri sendiri

 
Pihak yang kita undi adalah mereka yang bakal memerintah Negara kita. Masa depan Negara bergantung kepada pilihan yang ada pada kita. Sekiranya kita pilih pemimpin yang betul, maka Negara kita akan mudah membangun, sekaligus memberi kesan baik kepada kita semua. Begitu jugalah sebaliknya sekiranya kita pilih pemimpin yang salah. Oleh itu, dengan mengundi, kita bukan hanya menentukan masa depan Negara, tapi juga masa depan diri kita sendiri. Ketepikanlah segala perbezaan pandangan politik, dan fikiran2 negatif mengenai mengundi. Marilah kita semua sebagai anak muda, terutamanya golongan bumiputra, mengubah Negara dengan tangan kita sendiri dengan cara mengundi pemimpin yang betul. Turunlah mengundi bagi sesiapa yang layak. Kita mempunyai tanggungjawab kepada Negara, jangan anggap satu undian tidak mampu mengubah apa2. Apa akan jadi sekiranya sejuta orang berfikir sedemikian? Betulkan pemikiran kita, supaya kita tidak tergolong dalam kalangan masyarakat yang berfikiran kolot dan mundur.

by
Welfare Bureau
Biotech Batch Awesome (112)

No comments:

Post a Comment